September 25-27, 2023

MESYUARAT TEKNIKAL PUSAT TE 2023

Selamat Datang

Mesyuarat Teknikal Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (MTTE) bagi tahun 2023 akan diteruskan seperti mana yang telah dirancang dan ditetapkan. Dengan mengekalkan tema Writing Our Future, Mesyuarat Teknikal Pusat TE ini dilihat akan terus memacu penghasilan penulisan dalam bidang sains sosial oleh pegawai dan kakitangan sokongan pusat ini.

Mesyuarat Teknikal Pusat TE yang berbentuk seminar ini merupakan satu wadah bagi semua pegawai penyelidik Pusat TE untuk membentangkan laporan aktiviti dan hasil kajian dalam bentuk penulisan teknikal dan pembentangan lisan/ poster. Justeru, pengurusan Pusat TE mempelawa setiap pegawai di Pusat TE untuk menghantar sekurang-kurangnya satu penulisan teknikal dan membuka peluang kepada staf pelaksana untuk turut serta dalam menghasilkan penulisan teknikal ini.

Objektif

• Mewujudkan platform bagi pegawai Pusat TE membentangkan laporan aktiviti RMK yang boleh dijadikan asas kajian sains sosial.

• Meningkatkan kemahiran pegawai dan kakitangan Pusat TE di dalam penulisan teknikal.

• Mengadaptasi teknologi terkini dalam penyampaian informasi serta ilmu pengetahuan.

FORMAT PENULISAN TEKNIKAL

MESYUARAT TEKNIKAL PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 2023 (MTTE2023)

Berikut panduan penulisan abstrak lanjutan:

• Bahasa: Bahasa Malaysia sahaja.

• Format : Microsoft Word (Doc.) Saiz A4

• Tajuk tidak melebihi 15 perkataan, Arial, saiz 16 pt dan BOLD.

• Abstrak - single spacing, justified dengan margin 0-16, font jenis Arial saiz 10 pt.

• Isi kandungan - 1.15 spacing, justified dengan margin 0-16, font jenis Arial saiz 10 pt.

• Nota autobiografi mestilah mengandungi:

1. Nama penuh penulis utama dan penulis bersama

2. Nama Pusat dan Agensi

3. Alamat e-mel penulis utama

• Kata kunci: Sekurang-kurangnya tiga (03) perkataan yang menggambarkan skop penulisan dan ditulis selepas abstrak.

• Semua gambarajah (carta alir, graf, gambar dan halaman web) mestilah di dalam format asal, berkualiti tinggi, mudah dibaca dan bernombor. Grafik/ gambar haruslah berwarna.

• Jadual haruslah bertaip dan disusun ditempat yang betul di dalam manuskrip.

• Rujukan dari penerbitan lain harus ditulis dalam gaya MARDI seperti berikut:

• Nama Keluarga, Initials, (Tahun). Tajuk, Penerbit/ Tempat Penerbitan, Mukasurat: Jilid.

• Panjang penulisan di antara 05-10 mukasurat yang mengandungi abstrak, pengenalan, methodologi, hasil dan perbincangan, rumusan dan rujukan.

• Poster adalah bersaiz A1 - Kedudukan Potret.

• Segala urusan peserta (pendaftaran/ penghantaran abstrak & abstrak lanjutan) dikehendaki merujuk di laman sesawang https://event.fourwaves.com/mtte2023

Berikut adalah tarikh-tarikh penting berkaitan penulisan teknikal:

1. Menghantar Abstrak/ Abstrak Lanjutan Bagi Tujuan Serahan Kepada Reviewer Untuk Proses Semakan = 22.09.2023

2. Serahan Kembali Abstrak Lanjutan Kepada Penulis/ Pegawai Bagi Tujuan Penyuntingan = 27.09.2023

3. Serahan Akhir Kertas Kerja Selepas Penyuntingan Dan Pembetulan Oleh Penulis/ Pegawai Kepada Urusetia Untuk Diterbitkan = 05.10.2023

Contoh Penulisan Teknikal

Penerimaan Geran Agropreneur Muda MARDI Negeri Selangor sepanjang RMK-11

Muhammad Anas O.1*, Siti Ratnadia J.1, Ahmad Fuad B.1 Izzuddin Hakim M. Y.,1

Emi Zuziana M. Z..1

1 Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan, MARDI.

*muhdanas@mardi.gov.my

Abstrak

Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah salah satu manfaat yang diterima oleh peserta Agropreneur Muda di bawah Program Agropreneur Muda Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). MARDI adalah salah satu agensi yang menguruskan geran ini. Sepanjang pelaksanaan RMK-11, seramai 567 orang peserta Agropreneur Muda telah mendapat manfaat GAM ini dan 72 orang daripadanya adalah dari negeri Selangor dengan nilai geran sebanyak RM1,475,900.00.

KATA KUNCI: Geran Agropreneur Muda, Selangor, RMK-11


Pendahuluan

Program Agropreneur Muda adalah satu program yang diwujudkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, MAFI (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MOA) yang melibatkan golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Program yang bermula ketika perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) ini bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan (http://www.moa.gov.my/agropreneur-muda).

Bagi mencapai tujuan itu, Program Agropreneur Muda telah menyediakan bantuan dana dalam bentuk barangan (in kind contribution, IKC) dan pembiayaan dengan faedah yang rendah kepada peserta yang layak. Terdapat syarat-syarat yang perlu diikuti dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon bagi mendapatkan bantuan ini.

Selangor adalah salah satu negeri yang mencatatkan penerima GAM tertinggi sepanjang RMK-11. Oleh itu, data dibawah menunjukkan penerima GAM di negeri Selangor yang dikendalikan oleh MARDI sepanjang RMK-11. Data diperolehi dari pengumpulan maklumat mesyuarat kelulusan GAM MAFI, pemantauan berkala dan data besar Agropreneur MARDI (Big Data).

Penerima GAM Negeri Selangor sepanjang RMK-11

Sepanjang pelaksanaan RMK-11 (2016-2020), seramai 72 orang peserta Agropreneur muda MARDI dari negeri Selangor telah menerima manfaat GAM (Jadual 1). Jumlah tertinggi penerima GAM adalah pada tahun 2017 iaitu seramai 22 orang dan diikuti oleh tahun 2018 iaitu seramai 17 orang. Jumlah terendah direkodkan pada tahun 2016 di mana hanya seorang sahaja penerima GAM dari negeri Selangor. Pada tahun 2019 dan 2020, 16 orang penerima direkodkan untuk keddua-dua tahun tersebut.

Jadual 1: Penerima GAM Negeri Selangor di bawah agensi MARDI sepanjang RMK-11

Pecahan Umur dan Jantina

Umur peserta direkodkan semasa tahun menerima geran. Peringkat umur ini pula dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu 18-25 tahun, 26-30 tahun, 31-35 tahun dan 36-40 tahun. Keempat-empat kategori ini menggambarkan perbezaan dari segi kematangan, kewangan, pengalaman dan masa. Jadual 2 menunjukkan pecahn umur peserta AM negeri Selangor yang telah mendapat GAM. Data menunjukkan umur tertinggi peserta AM yang memperolehi geran adalah diantara 26-30 thun iaitu sebanyak 30.40% diikuti oleh 31-35 tahun.

Jadual 2: Pecahan peringkat umur peserta Agropreneur Muda Selangor yang berjaya mendapat bantuan geran AM sepanjang RMK-11

Analisis data juga mendapati bahawa 67% daripada responden adalah lelaki dan 33% daripada responden adalah wanita (Jadual 3). Walaupun geran yang dikelolakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini tidak mempunyai kuota jantina, namun jelas kelihatan bahawa bidang keusahawanan dan pertanian masih dipelopori oleh kaum lelaki.

Jadual 3: Pecahan jantina penerima geran Agropreneur Muda MARDI di negeri Selangor sepanjang RMK-11

Pecahan Skop/ Bidang

Jadual 4 menunjukkan pecahan bidang permohonan GAM negeri Selangor sepanjang RMK-11 di bawah agensi MARDI. Industri asas tani menunjukkan jumlah tertinggi iaitu 65% daripada jumlah penerima geran dan diikuti dengan pertanian iaitu 26%. Sebanyak 9 % daripada penerima geran adalah dari bidang penternakan sebelum iainya diserahkan kepada Jabatan Veterinar pada tahun 2019.

Jadual 4: Pecahan skop bidang penerima geran Agropreneur Muda MARDI di negeri Selangor sepanjang RMK-11

Cadangan dan Kesimpulan

Selain bantuan geran, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan MARDI haruslah meningkatkan lagi program latihan dan pembelajaran untuk membantu golongan usahawan, petani dan penternak di negara ini supaya terus maju dah berjaya. Sepanjang pelaksanaan RMK-11, 72 peserta AM MARDI telah menerima manfaat GAM dan sebahagian daripadanya telah berjaya memasuki program usahawan bimbingan MARDI. Satu kajian impak akan dilakukanterhadap penerima GAM di Selangor sepanjang RMK-11 bagi menilai keberkesanan bantuan GAM ini kepada usahawan dan petani.

Location

Hybrid event

TBA

Registration period

July 12, 2023 - 00:15 until September 22, 2023 - 23:30

Submission period

July 12, 2023 - 00:15 until September 22, 2023 - 23:30

Contact us

For any questions about the event, please contact kza@mardi.gov.my

Powered by Fourwaves